Cuba Bunuh Diri Telan Ubat Kurap

Posted on 5/15/2010 by Ku aMer












KUALA LUMPUR: Gara-gara putus cinta, seorang lelaki berusia lewat 20-an bertindak nekad cuba membunuh diri dengan meminum sebotol ubat kurap di rumahnya, di Kampung Cheras Baru, di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, lelaki terbabit hilang pertimbangan sebaik kekasihnya itu enggan meneruskan percintaan yang terjalin sejak dua tahun lalu. Lelaki terbabit juga dikatakan sudah berbincang dengan keluarganya untuk meminang gadis berkenaan. Kejadian bermula jam 4 petang, apabila wanita berusia awal 20-an itu dikatakan menghubungi suspek sebelum meminta hubungan mereka diputuskan tanpa sebab sebelum dia mematikan telefon. Ketika kejadian, suspek yang berada di rumahnya segera menghubungi kekasihnya untuk mendapatkan penjelasan tetapi gagal.


Suspek kemudian bergegas ke rumah kekasihnya itu, namun gadis terbabit masih enggan berjumpanya. Sumber berkata, suspek menjerit-jerit di hadapan rumah gadis berkenaan sebelum mengugut membunuh diri sekiranya kekasihnya itu masih berkeras untuk tidak bertemu dengannya. “Selepas lebih sejam menunggu, suspek mengalah dan kembali ke rumahnya dengan perasaan marah selain kecewa,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di rumah, suspek berulang kali berusaha menghubungi kekasihnya itu namun gagal. Dia hilang kawalan bertindak minum sebotol ubat kurap di biliknya.


Difahamkan, sebaik minum ubat kurap suspek menggelupur menahan kesakitan sebelum muntah dan tidak sedarkan diri. Sumber berkata, suspek bernasib baik kerana tindakannya itu disedari keluarganya yang menghubungi pihak hospital. Selepas beberapa minit kemudian, ambulans tiba dan suspek dibawa ke Hospital Ampang, di sini, untuk diberikan rawatan kecemasan. Sumber berkata, mangsa bernasib baik kerana berjaya diselamatkan dan difahamkan keadaannya sudah stabil.


Sehubungan itu, pegawai perubatan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


lahai, kesian pun ada, nak gelak pun ada, apa yang pasti aku memang gelak sorang-sorang pagi tadi bila baca berita yang disiarkan oleh metro online pasal sorang mamat jiwa kacau ni yang cuba bunuh diri dengan menggunakan ubat kurap, rasanya ni first time aku dengar orang nak bunuh diri guna ubat tu, kalau racun tikus ke, pil-pil tidur tu mungkin dah selalu baca, Ini ubat kurap, biar betul mamat ni. Nak bunuh diri tu satu hal bodohnya, guna ubat kurap pulak dah satu hal. Kalau mamat ni Muslim memang sebodoh-bodoh manusialah kalau nak bunuh diri, bukannya pasal apa, kes putus cinta jer, kekasih tak mahu teruskan perhubungan, terus otak jem dan dah tidak boleh fikir denganwaras, sudahnya nak jadi macam orang bukan Muslim nak ambik nyawa sendiri. Padalah beribu-ribu lagi kaum perempuan yang masih belum mempunyai teman lelaki..apa daaa.

Rasanya semua Muslim dah tahu besar hukumannya bagi dosa bunuh diri tu, itu kerja Allah S.W.T, bukan kerja manusia, di akhirat nanti mereka yang bunuh diri akan membunuh diri mereka sendiri dengan cara yang sama, kalau mati kes minum ubat kurap, maka akhirat esok pun dok minum ubat kurap tu jugaklah, yang teruknya, bila mati dihidupkan balik, minum balik, mati lagi, then hidup balik….dan gitulah sampai bila-bila, tiada noktah. ishh.

Sah-sah mamat ni kena pergi kaunseling dan brainwash balik aqidahnya, kasi betulkan balik stesen yang dah lari tune tu. Dan boleh tak kalau ada yang mengganggap kekasih nya tinggalkan dia pasal dia ada kurap, sebelum ni tak perasan?..huhuhu

No Response to "Cuba Bunuh Diri Telan Ubat Kurap"

Leave A Reply

Recent Comments

Ruang Iklan